Google+ Followers

Wednesday, 13 March 2013

AL-FATIHAH...

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Untuk makluman anda semua,,pada 1 MAC 2013 yg lalu,, Kor Suksis UTeM telah kehilangan seorang pegawai penyelaras yang sangat berjasa kepad kor suksis UTeM.

Allahyarham ASP Tuan Mohd. Selva Bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah setelah beberapa hari pulang dari tanah suci kota mekah untuk menunaikan umrah..

Walaupun pembabitannya dalam suksis UTeM tidak sampai 2 tahun,,namun sumbangannya sangat besar dalam membawa suksis UTeM ke tahap yang lebih tinggi.

Kegigihan dan kesabaran allahyarham dalam memartabatkan suksis UTeM akan terus tersemat dalam jiwa anggota suksis.. Kami sangat bersyukur dipertemukan dengan pegawai yang sangat baik hati.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,,,setiap permulaan pasti ada titik noktah... kami redha dan sabar dengan pemergian allahyarham..

Alhamdulillah segala persiapan dalam menyempurnakan  jenazah allahyarham berjalan dengan baik.
Sekalung Takziah kor suksis UTeM titipkan kepada ahli keluarga allahyarham.

Marilah kita sama2 mendoakan supaya allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman..InsyaAllah.. Al-fatihah...

program yg dijalankan:
majlis tahlil yang pertama telah diadakan pada 2 mac 2013 di surau ipk melaka
majlis tahlil yang kedua telah diadakan pada 7 mac 2013 di surau perumhan polis seri temenggung.

1 comment: