Thursday 26 April 2012

CRIME AWARENESS CARNIVAL

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

     Untuk pengetahuan peminat blog suksis utem, kor suksis utem terlibat dalam program karnival kesedaran jenayah yg berlangsung di Bandar Hilir melaka pada 21&22 April yg lalu.
Tujuan utama program ini adalah utk menggalakkan org awam utk turut serta dalam pencegahan jenayah.       
      Org awam blh menyumbang melalui sms kpd Rakan Cop jenayah yg berlaku. Pelbagai aktiviti & persembahan oleh unit PDRM spt unit Komando 69 dn unit Paramotor telah menarik perhatian umum.
Kerjasama barisan pegawai, jurulatih & anggota kor suksis dalam menjayakan larian mesra & bacaan ikrar telah melancarkan perjalanan program.
      Diharap kempen ini dpt memupuk semangat cintakan negara dikalangan org awam khususnya anggota kor suksis UTeM. Mempertahankan kemerdekaan & keamanan negara lebih sukar drpd mencapainya...
Semoga tahap jenayah di Malaysia berkurangan dgn adanya kempen seperti ini..AMIN.


Sunday 22 April 2012

Gambar yg ditapis
























PERKHEMAHAN TAHUNAN DI TAMAN PERTANIAN KUANTAN PAHANG

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Pada 7-13 april yg lalu..Suksis UTeM telah mengadakan perkhemahan tahunan di pahang.
Respons daripada anggota,ramai yg mengatakan perkhemahan kali ini sungguh seronok dan menghiburkan.
Tanpa pengorbanan, kerjasama dan komitmen daripada barisan jurulatih, tidak mungkin perkhemahan kali ini menjadi yg terbaik.
Penglibatan darpd semua skuad juga wajar diberi pujian terutama kepada skuad 2009 yg banyak menyumbang dalam penganjuran aktiviti.
Kami mengucapkan seinfiniti terima kasih kepada ASP Tuan Muhamad Selva b. Abdullah selaku peneraju baru kor suksis UTeM diatas keprihatinan yg tidak terhingga sehingga menjadikan perkhemahan ini sebagai suatu kengan yg manis kepada semua anggota.
Diharap perkhemahan akan datang akan lebih baik daripada tahun ini.:)

Sunday 1 April 2012

Terbaik keseluruhan: Tarmimi

Gabungan 3 skuad = 1 SUKSIS

Aktiviti menembak pada 31/3-1/4/2012 di IPK Melaka baru-baru ini.
Aktiviti ini merupakan salah satu modul yang disediakan suksis selain daripada kawad dan kelas undang-undang.
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan tahap disiplin dan memberi pendedahan kepada anggota tentang cara pengendalian senjata raifal M-16 dan revolver point38.
Syukur Alhmdulillah, aktiviti ini berjalan dengan selamat dan jayanya dibawah kendalian jurulatih suksis dan persenjataan IPK Melaka.
Tahniah kepad pemenang dan syabas kepada semua anggota suksis skuad 2009,2010&2011 kerana telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang aktivit berlangsung..=)