Wednesday 13 March 2013

kor suksis utem banteras jenayah di kampus

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Untuk makluman pencita blog kor suksis utem,,,
kor suksis utem telah mengadakan program banteras jenayah di kampus induk pada tahun 2010..
InsyaAllah,,,kita akan mengadakan program ini sekali lagi pada tahun ini...

*MENJADI JAMBATAN ANTARA MAHASISWA DAN PDRM*



http://jpt.mohe.gov.my/ARKIB%20dan%20PENERBITAN/keratan%20akhbar/Jul09/10-07/Berita%20Harian/Jul10.pdf

AL-FATIHAH...

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Untuk makluman anda semua,,pada 1 MAC 2013 yg lalu,, Kor Suksis UTeM telah kehilangan seorang pegawai penyelaras yang sangat berjasa kepad kor suksis UTeM.

Allahyarham ASP Tuan Mohd. Selva Bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah setelah beberapa hari pulang dari tanah suci kota mekah untuk menunaikan umrah..

Walaupun pembabitannya dalam suksis UTeM tidak sampai 2 tahun,,namun sumbangannya sangat besar dalam membawa suksis UTeM ke tahap yang lebih tinggi.

Kegigihan dan kesabaran allahyarham dalam memartabatkan suksis UTeM akan terus tersemat dalam jiwa anggota suksis.. Kami sangat bersyukur dipertemukan dengan pegawai yang sangat baik hati.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,,,setiap permulaan pasti ada titik noktah... kami redha dan sabar dengan pemergian allahyarham..

Alhamdulillah segala persiapan dalam menyempurnakan  jenazah allahyarham berjalan dengan baik.
Sekalung Takziah kor suksis UTeM titipkan kepada ahli keluarga allahyarham.

Marilah kita sama2 mendoakan supaya allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman..InsyaAllah.. Al-fatihah...

program yg dijalankan:
majlis tahlil yang pertama telah diadakan pada 2 mac 2013 di surau ipk melaka
majlis tahlil yang kedua telah diadakan pada 7 mac 2013 di surau perumhan polis seri temenggung.

kawalan kehormatan pesta konvo UTeM ke-8


Assalamualaikum & salam sejahtera..
Kor suksis UTeM telah menyumbangkan bakti kepada universiti dengan mempersembahkan kawalan sempena pesta konvo UTeM
Kawalan kehormatan ini telah bermula daripada skuad 2006 sehingga ke hari ini.
Kecemerlangan kor suksis utem dalam kawalan kehormatan telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak.

Acara kemuncak kawalan kehormatan ini ialah apabila upacara pemeriksaan barisan oleh 
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Kawalan kehormatan telah memberikan pengalaman yg manis kepada anggota kor suksis UTeM.Jutaan penghargaan dan terima kasih dicapkan kepad pegawai dan jurulatih yg telah bertungkus lumus dalam membantu kami menjayakan kawalan kehormatan.

Semoga generasi seterusnya menyambung warisan kawalan kehormatan yang menjadi lambang kemegahan  kor suksis UTeM..
 
video yang dirakam oleh Alias Amiruddin sempena kawalan kehormatan pesta konvo ke-8

Assalamualaikum & Salam sejahtera
pertama sekali,,admin mohon ampun dan maaf kerana sudah lama x update blog ni..
Tiada alasan yg dapat diberikan..semuanya adalah kerana kelalaian dan kelemahan admin sendiri.
sekali lagi,,admin mohon maaf..InsyaAllah akan ad penambahbaikan dari semasa ke semasa..Amin.

Untuk makluman anda semua....banyak aktiviti yang berlaku sepanjang 2012 dan 2013..
disini..admin akan senaraikan beberapa aktiviti ,antaranya ialah:...

pengambilan Intake skuad 2013
Pesta Konvo UTeM ke-8

Kursus SMD 


Kursus Asas PGA (FEB 2013)