Friday 6 July 2012

Kem PGA 2012

Assalamualaikum & Salam sejahtera..
                                                                                   

pada 24 jun - 1 julai 2012, Suksis UteM telah mengadakan kem di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta. Aktivit kem telah dikendalikan oleh jurulatih PGA daripada Briged Utara. Pelbagai aktiviti & latihan yg mencabar fizikal & mental anggota suksis. Antara aktivit yg dijalankan ialah inokulasi, kompas game (malam&siang), kawad berpengkalan, senaman balak,dll. Kami juga telah merempuh selut, merangkak bawah kawad berduri,dll. Kem ini telah memberi kesedaran kepada anggota suksis betapa sukarnya pasukan keselamatan dalam memepertahankan tanah air.

Oleh itu, sebagai anggota suksis yg merupakan jambatan antara PDRM dan mahasiswa/i, kami berjanjia akan menyampaikan mesej kpd rakan2 tentang pentingnya kita mengekalkan keamanan dan kemerdekaan tanah air. Semoga suksis UTeM terus membentuk insan yg berguna kepada agama, bangsa dan negara. sekian..=)




Thursday 26 April 2012

CRIME AWARENESS CARNIVAL

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

     Untuk pengetahuan peminat blog suksis utem, kor suksis utem terlibat dalam program karnival kesedaran jenayah yg berlangsung di Bandar Hilir melaka pada 21&22 April yg lalu.
Tujuan utama program ini adalah utk menggalakkan org awam utk turut serta dalam pencegahan jenayah.       
      Org awam blh menyumbang melalui sms kpd Rakan Cop jenayah yg berlaku. Pelbagai aktiviti & persembahan oleh unit PDRM spt unit Komando 69 dn unit Paramotor telah menarik perhatian umum.
Kerjasama barisan pegawai, jurulatih & anggota kor suksis dalam menjayakan larian mesra & bacaan ikrar telah melancarkan perjalanan program.
      Diharap kempen ini dpt memupuk semangat cintakan negara dikalangan org awam khususnya anggota kor suksis UTeM. Mempertahankan kemerdekaan & keamanan negara lebih sukar drpd mencapainya...
Semoga tahap jenayah di Malaysia berkurangan dgn adanya kempen seperti ini..AMIN.


Sunday 22 April 2012

Gambar yg ditapis
























PERKHEMAHAN TAHUNAN DI TAMAN PERTANIAN KUANTAN PAHANG

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Pada 7-13 april yg lalu..Suksis UTeM telah mengadakan perkhemahan tahunan di pahang.
Respons daripada anggota,ramai yg mengatakan perkhemahan kali ini sungguh seronok dan menghiburkan.
Tanpa pengorbanan, kerjasama dan komitmen daripada barisan jurulatih, tidak mungkin perkhemahan kali ini menjadi yg terbaik.
Penglibatan darpd semua skuad juga wajar diberi pujian terutama kepada skuad 2009 yg banyak menyumbang dalam penganjuran aktiviti.
Kami mengucapkan seinfiniti terima kasih kepada ASP Tuan Muhamad Selva b. Abdullah selaku peneraju baru kor suksis UTeM diatas keprihatinan yg tidak terhingga sehingga menjadikan perkhemahan ini sebagai suatu kengan yg manis kepada semua anggota.
Diharap perkhemahan akan datang akan lebih baik daripada tahun ini.:)

Sunday 1 April 2012

Terbaik keseluruhan: Tarmimi

Gabungan 3 skuad = 1 SUKSIS

Aktiviti menembak pada 31/3-1/4/2012 di IPK Melaka baru-baru ini.
Aktiviti ini merupakan salah satu modul yang disediakan suksis selain daripada kawad dan kelas undang-undang.
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan tahap disiplin dan memberi pendedahan kepada anggota tentang cara pengendalian senjata raifal M-16 dan revolver point38.
Syukur Alhmdulillah, aktiviti ini berjalan dengan selamat dan jayanya dibawah kendalian jurulatih suksis dan persenjataan IPK Melaka.
Tahniah kepad pemenang dan syabas kepada semua anggota suksis skuad 2009,2010&2011 kerana telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang aktivit berlangsung..=)

Sunday 25 March 2012

Impak uniform Suksis

hidup  ini penuh kejutan,
banyak perkara datang tidak dijemput, tiba tiada perkhabarannya,
dari bergerak dalam ketidaktahuan,
lebih baik hidup membuat kejutan...
"hilal asyraf"

HARI POLIS KE-205 TAHUN

Sermai 6 anggota skuad 2009 telah mendapat APC ( Anugerah Perkhidmtan Cemerlang )
Syabas dan tahniah diucapkan..
Semoga semnagat dan komitmen dicontohi anggota lain supaya misi untuk melahirkan manusia yang seimbang berjaya...=)

BLOG SUKSIS UTEM

BLOG SUKSIS UTEM

Wednesday 29 February 2012

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan buat semua yang sudi melawat blog ini.. blog ini untuk sekadar mewartakan perkembangan aktiviti Kor SUKSIS Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).. Blog ini diwujudkan atas perbincangan bersama jurulatih Kor SUKSIS untuk memberitahu umum akan aktiviti2 yg dijalankan oleh Kor Suksis UTeM pada setiap semester..

*sebarang komen utk penambah baikan, akan dipertimbangkan.. terima kasih..